Saturday, March 27, 2010

ayam gajah & ayam botak



Yang ni anak2 ayam gajah dan ayam botak yang dibeli jumaat lepas ditempatkan di dalam brooder ...lampu dipasang pada waktu pagi dan malam supaya anak2 ayam ni tak kesejukan….ayam gajah 10 ekor, ayam botak pun 10 ekor…

reban & brooder ayam

Reban ayam yang da siap sepenuhnya…untuk menempatkan anak2 ayam yang berumur 1-4 bulan…selepas keluar dari brooder…



Brooder yang menempatkan anak2 ayam yang berumur 1hari hingga 1 bulan…dibekalkan dengan lampu untuk memberi kehangatan kepada anak2 ayam yang baru menetas…



Anak2 ayam yang telah berumur 1 bulan dikeluarkan dari brooder dan telah dipindahkan ke reban yang lebih besar… ade 15 ekor ….13 ekor anak ayam hutan kacukan dan 2 ekor anak ayam kampung kacukan….


Friday, March 26, 2010

anak-anak arnab


Ni anak2 arnab yang masih bersama ibunya….berumur 2 minggu yang belum cerai susu…anak2 arnab generasi kedua…



Anak2 arnab generasi pertama yang sudah berumur 2 bulan…cukup je umur 3 bulan perlu diasingkan…


Makanan arnab FFM Berhad 25 kg…sebelum ni beli sikit2 yang jenama murah je…sekarang arnab da bertambah da ade 15 ekor…jadi belila 1 kampit sekali jenama yang baik ni…walaupun agak mahal….arnab2 plak lebih suke dengan makanan ni….pandai memilih betul…

kotak sarang & bekas makan minum arnab

Kotak sarang arnab beranak

Kotak sarang arnab perlu diletakkan di dalam reban arnab yang akan beranak sekurang2nye lima hari sebelum arnab dijangka beranak. Ini bertujuan supaya arnab yang akan beranak dapat menyesuaikan diri dengan kotak sarang tersebut. Ianya perlu diletakkan rumput kering atau koyakan kertas sebagai lapik untuk anak arnab.
Bekas makanan dan minuman untuk arnab

Bekas makanan dan minuman berbentuk pasu yang dibuat daripada tanah liat ini adalah lebih mudah dan selamat kerana sifat arnab yang suka menggigit. Disamping ianya tidak mudah terbalik, air minuman yang bersih dapat dibekalkan kerana mudah untuk ditukar setiap hari.