Sunday, February 28, 2010

chicken farm

Minat yang mendalam untuk memelihara ayam suatu ketika dulu terpaksa dipendamkan kerana pada masa itu masih menuntut di IPTA.lepas menamatkan pengajian, minat yang mendalam ditambah dengan kemahiran bertukang yang dimiliki telah mendorong diri untuk menternak ayam kampung secara kecil-kecilan di belakang rumah…

Dengan berbekalkan gergaji dan tukul, maka bermulalah aktiviti bertukang untuk menyiapkan sebuah reban ayam… dengan berkat kesungguhan akhirnya dapatlah menyiapkan sebuah reban ayam yang berkeluasan 6’ x 3’ yang mana dapat menempatkan 18 ekor ayam kampung…kayu yang digunakan memang dah lame terbiar milik ayah saye…zink pun dah ade…so apelagi guna jela….free je, cume modal sikit beli paku dan engsel… sebenarnye agak lame jugala nak menyiapkan reban ni…yela, bertukang tung kang tung tang sorang2…pelan2 akhirnye siap jugak….walaupun tak seberape, tapi puas hati…kalau cat lagi ok kan…cat tu kemudian lah…


Reban dah siap, ayam pun dah masuk… ni la ayam2 yang menghuni reban ni…kalau kite lihat dari segi warna macam ayam hutan kan…sebenarnye yang ni ayam hutan kacukan, dan saya lebih berminat untuk membela ayam ni kerana ayam jenis ni tak kuat makan…so jimat kos makanan…ayam jenis ni jugak mempunyai daging yang lebih enak dan lebih manis…penjagaan pun lebih mudah kerana lebih tahan kepada penyakit..ayam yang ade ni ade 4 pasang berumur 4 bulan…

Bercerita tentang makanan pulak…ayam2 ni diberi makan ubi kayu parut dicampur dedak yang beli di kedai….nak jimat kos…ubi kayu cabut kat kebun…free je…selain tu rumput2 dan daun2 juga diberikan sebagai makanan tambahan…

dedak

ubi kayu

parut ubi yang digunakan

ubi kayu yang telah diparut

ubi parut yang telah dikeringkan

Seperti yang kita lihat gambar di bawah adalah gambar induk yang ada…induk jantan dan betina adalah ayam hutan kacukan…induk2 betina baru lepas mengeram dan ade yang dah kembali bertelur…

Inilah anak2 ayam yang baru menetas tu… telah berumur seminggu…anak2 ayam ini telah dipisahkan dari ibunya selepas menetas…yatim piatu….anak2 ayam ni diberi makan dedak sahaja dan dibekalkan lampu untuk memberi kepanasan…anak2 ayam ni ditempatkan dalam brooder sehingga umur sebulan sebelum dipindahkan ke reban yang lebih luas..

Dengan bertambahnye bilangan ayam…maka dua buah reban sedang dibina yang mana setiap satu berkeluasan 4’ x 3’ dan 4.5’ x 3’…yang mane boleh muat 15-20 ekor ayam dari umur 1-4bulan…reban ni belum siap lagi…bertukang sorang2 macam ni lah…buat sikit2….Insyaallah akan siap jugak…:p

Saturday, February 27, 2010

rabbit farm

Sebenarnya da lame minat bela binatang ni….terutamanya arnab.so lepas je grad terus mulakan projek ni.Mula2 sekali aktiviti bertukang…nak buat reban untuk bakal2 arnab nanti… dengan minat dan bakat kemahiran yang ade… maka terbinalah reban arnab 3 pintu ni yang mane setiap satu berkeluasan 2.5’ x 2’.lame jugak nak siapkan reban yang tak seberape ni….almaklumlah bertukang sorang2 pulak tu…tapi Alhamdulillah akhirnye siap juga.


Bile reban da siap, so pergilah pekan untuk cari anak2 arnab untuk dijadikan baka…so belilah 5 ekor, yang mana 1 jantan 4 betina umur dalam sebulan…tapi sekarang ni yang tinggal 3 ekor je, 1jantan 2 betina..yang 2 ekor lagi tu sakit…maka 3 ekor arnab ni je la yang tinggal.. syukur Alhamdulillah…yang putih suci melepak ni si jantan,yang 2 lagi tu si betina.




Nak bercerita tentang makanan arnab ni sebenarnye senang je…makanan yang berbentuk pellet yang beli kat kedai tu wajib bagi…untuk sijantan 60g sehari, untuk betina pulak 120g sehari…makanan tambahan daun2 perlu diberi, contohnye rumput israel, daun mulberi, daun ubi kayu dan sayuran daun lain…rumput2 dan sayuran berdaun ni mudah diperolehi….so jimat kos makanan…

dedak pellet

daun israel

daun ubi kayu

daun mulberi

daun pandan

Sementara menunggu arnab2 ni membesar dan bertambah, maka bertukang la lagi untuk anak2 arnab akan datang…so inilah hasilnye…2 buah reban 2 pintu berkeluasan 2.5’ x 2’.kayu kayan yang digunakan biasela…second hand punye….kalau nak beli baru perlukan modal yang banyak…so gunala ape yang ade untuk jimatkan kos…modal untuk buat reban2 ni cume paku dan engsel je…kayu kayan dan zink memang dah sedia ade milik bapaku…


Bile arnab2 ni da mencapai umur matang lebih kurang 5 bulan..maka proses mengawan dilakukan di mana arnab betina dimasukkan ke reban arnab jantan…yang mane ambik mase dalam 5 minit je…pastu arnab betina tu kene keluarkan balik…mase yang sesuai untu mengawan adalah waktu pagi pukul 8-10pg atau petang pukul 5-6ptg.arnab jantan ni bole gune sekali sehari je untuk mengawan..adalah disyorkan penggunaan arnab jantan ni 3 hari sekali.arnab betina ni akan bunting selama 31 hari….

Adalah menjadi tanggunggjawab kite sebagai pemelihara untuk menyediakan kotak sarang untuk arnab beranak…letak la koyakan kertas atau rumput kering untuk lapik arnab beranak…arnab ni juga akan menggugurkan bulunye bila nak beranak…dua ekor arnab dah beranak 1st batch…yang brown tu beranak 3 ekor, yang lagi satu tu beranak 6 ekor tapi seekor hilang dan seekor lagi cacat, so tinggallah 4 ekor…lepas tiga hari arnab2 ni beranak maka di’mate’kan la lagi dengan si jantan…lepas umur anak arnab ni 14 hari kite boleh kuarkan kotak sarang tu sebab anak arnab da mula nak makan dedak….



Anak arnab dipisahkan dari ibunya pada umur 25hari…nak bagi ruang untuk si ibu yang da bunting ni rehat beberapa hari sebelum beranak lagi… yang gambar 3 ekor anak2 arnab tu anak si brown tu…yang 4 ekor tu anak2 si belang putih…yang menjadi kemusykilan tu induk jantan kaler putih, induk betina pulak kaler brown dan belang putih brown, tapi anak2 nye pulak kaler2 hitam…maybe ade keturunan hitam2 kot…ape pun Alhamdulillah, bertambah arnab2 ku…hitam pun hitamlah…yang penting comel2 kiut2…kesian anak2 arnab ni da kene pisah dengan ibunye… untuk anak2 arnab yang umur bawah 2 bulan pulak perlu diberi makan dedak pellet 50-100g sahaja sehari…lepas umur 2 bulan baru boleh di beri makan sayuran dan daun…


Sekarang ni, ni jela reban yang ade untuk arnab2 ni berteduh….ade 7 pintu semuanya…setiap satu pintu akan diletakkan nombor sebagai rujukan…ini untuk memudahkan kerja2 merekod maklumat setiap ekor arnab…


Oleh kerana arnab dah makin bertambah, so kene ade perancangan untuk bertukang tambah reban lagi..kayu kayan pun masih ade lagi banyak…takpe, kayuh pelan2…:p