Saturday, February 27, 2010

rabbit farm

Sebenarnya da lame minat bela binatang ni….terutamanya arnab.so lepas je grad terus mulakan projek ni.Mula2 sekali aktiviti bertukang…nak buat reban untuk bakal2 arnab nanti… dengan minat dan bakat kemahiran yang ade… maka terbinalah reban arnab 3 pintu ni yang mane setiap satu berkeluasan 2.5’ x 2’.lame jugak nak siapkan reban yang tak seberape ni….almaklumlah bertukang sorang2 pulak tu…tapi Alhamdulillah akhirnye siap juga.


Bile reban da siap, so pergilah pekan untuk cari anak2 arnab untuk dijadikan baka…so belilah 5 ekor, yang mana 1 jantan 4 betina umur dalam sebulan…tapi sekarang ni yang tinggal 3 ekor je, 1jantan 2 betina..yang 2 ekor lagi tu sakit…maka 3 ekor arnab ni je la yang tinggal.. syukur Alhamdulillah…yang putih suci melepak ni si jantan,yang 2 lagi tu si betina.




Nak bercerita tentang makanan arnab ni sebenarnye senang je…makanan yang berbentuk pellet yang beli kat kedai tu wajib bagi…untuk sijantan 60g sehari, untuk betina pulak 120g sehari…makanan tambahan daun2 perlu diberi, contohnye rumput israel, daun mulberi, daun ubi kayu dan sayuran daun lain…rumput2 dan sayuran berdaun ni mudah diperolehi….so jimat kos makanan…

dedak pellet

daun israel

daun ubi kayu

daun mulberi

daun pandan

Sementara menunggu arnab2 ni membesar dan bertambah, maka bertukang la lagi untuk anak2 arnab akan datang…so inilah hasilnye…2 buah reban 2 pintu berkeluasan 2.5’ x 2’.kayu kayan yang digunakan biasela…second hand punye….kalau nak beli baru perlukan modal yang banyak…so gunala ape yang ade untuk jimatkan kos…modal untuk buat reban2 ni cume paku dan engsel je…kayu kayan dan zink memang dah sedia ade milik bapaku…


Bile arnab2 ni da mencapai umur matang lebih kurang 5 bulan..maka proses mengawan dilakukan di mana arnab betina dimasukkan ke reban arnab jantan…yang mane ambik mase dalam 5 minit je…pastu arnab betina tu kene keluarkan balik…mase yang sesuai untu mengawan adalah waktu pagi pukul 8-10pg atau petang pukul 5-6ptg.arnab jantan ni bole gune sekali sehari je untuk mengawan..adalah disyorkan penggunaan arnab jantan ni 3 hari sekali.arnab betina ni akan bunting selama 31 hari….

Adalah menjadi tanggunggjawab kite sebagai pemelihara untuk menyediakan kotak sarang untuk arnab beranak…letak la koyakan kertas atau rumput kering untuk lapik arnab beranak…arnab ni juga akan menggugurkan bulunye bila nak beranak…dua ekor arnab dah beranak 1st batch…yang brown tu beranak 3 ekor, yang lagi satu tu beranak 6 ekor tapi seekor hilang dan seekor lagi cacat, so tinggallah 4 ekor…lepas tiga hari arnab2 ni beranak maka di’mate’kan la lagi dengan si jantan…lepas umur anak arnab ni 14 hari kite boleh kuarkan kotak sarang tu sebab anak arnab da mula nak makan dedak….



Anak arnab dipisahkan dari ibunya pada umur 25hari…nak bagi ruang untuk si ibu yang da bunting ni rehat beberapa hari sebelum beranak lagi… yang gambar 3 ekor anak2 arnab tu anak si brown tu…yang 4 ekor tu anak2 si belang putih…yang menjadi kemusykilan tu induk jantan kaler putih, induk betina pulak kaler brown dan belang putih brown, tapi anak2 nye pulak kaler2 hitam…maybe ade keturunan hitam2 kot…ape pun Alhamdulillah, bertambah arnab2 ku…hitam pun hitamlah…yang penting comel2 kiut2…kesian anak2 arnab ni da kene pisah dengan ibunye… untuk anak2 arnab yang umur bawah 2 bulan pulak perlu diberi makan dedak pellet 50-100g sahaja sehari…lepas umur 2 bulan baru boleh di beri makan sayuran dan daun…


Sekarang ni, ni jela reban yang ade untuk arnab2 ni berteduh….ade 7 pintu semuanya…setiap satu pintu akan diletakkan nombor sebagai rujukan…ini untuk memudahkan kerja2 merekod maklumat setiap ekor arnab…


Oleh kerana arnab dah makin bertambah, so kene ade perancangan untuk bertukang tambah reban lagi..kayu kayan pun masih ade lagi banyak…takpe, kayuh pelan2…:p

7 comments:

  1. klau la sy ader kwsan luar boleh sy biakan budgie sy(greenfog)

    ReplyDelete
  2. hehhehe kite JV nak x biakan budgie?(greenfrog)

    ReplyDelete
  3. budgie memang kaler cantik2...nak bela kene ade lesen x? ape keistimewaan die? dr segi market cane plak?

    ReplyDelete
  4. bela x payah ader lesen pun
    market sentiasa ader org nak beli..(greenfrog)

    ReplyDelete